Sunday, 22 January 2012

:: Warkah Seorang "Playboy" ::

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Aku sedar, penulisanku ini mungkin tidak menggambarkan keseluruhan mereka yang di luar sana, tetapi aku terpana, mengapa mudah menjatuhkan hukuman kepada perwatakanku? Apakah benar sesuai istilah “Playboy” dijatuhkan kepadaku? Wahai mereka diluar sana, sedarlah, coretanku hanya sekadar renungan, terpulang kepada pemikiran kita, mengungkapkan makna “Playboy” itu.

Tatkala ku melihat awek-awek kiut-miut lalu, dan sebaik sahaja ku lontarkan vokal “wah, awek”, tentu sahaja kamu berkata aku gatal, dan lantas mencop aku “Playboy”. Adakah kerana mereka ku puji kiut pun aku sudah di cop “Playboy”? Atau kerana aku pantang melihat perempuan? Aku sedar kesalahanku, yakni tidak menjaga pandangan, tapi itu bukan bermakna aku “Playboy”.

Tatkala aku bergaul mesra dengan perempuan lain, sekejap dengan ini, sekejap dengan itu, kamu terus katakan aku “Playboy”, mengayat semua wanita. Salahkah aku berkawan dengan semua orang? Atau, gayaku seolah mengayat mereka? Aku sedar kesalahanku jua, yakni tidak membataskan pergaulan dengan mereka, tapi itu bukan bermakna aku “Playboy”.

Tatkala aku cuba usha awek, kirim salam dengan mereka, dan aku sentiasa mengirim salam dengan perempuan berlainan, lalu kamu katakan semua nak dibuat awek ka? Salahkah aku mencari pasangan? Kamu bukan tahu aku berpuluh kali ditolak. Atau caraku itu seolah-olah aku cuba memasang ramai? Aku tahu kesalahanku, yakni mencari dengan hati yang desperate inginkan kekasih, bukan teman hidup selamanya, tetapi aku bukan seorang “Playboy”.

Tahukah kamu, aku ada kawan yang kini merengkok di penjara. Kerana apa? Dituduh merogol gadis bawah umur! Sadis bukan? Kerana dia memang Playboy, suka tukar-tukar pasangan, dan mempermainkan hati wanita, dan selepas itu buat projek. Dan bila dia memutuskan hubungan dengan gadis tersebut yang mana kedua-duanya rela, dia dituduh merogol hanya kerana gadis itu membalas dendam. Kini dia bertaubat dengan kehidupannya, tetapi sayang, gadis itu makin liar kerana dendamnya terbalas!

Kini aku sudah berkahwin, punya seorang isteri yang cantik, akhlak yang baik, sejuk hati ini melihatnya. Itupun setelah ku sedar, ku harus menjaga pandangan, kerana yang seksi itu seksa, yang tertutup itu selalunya menjaga diri. Dan ku sedar juga, aku harus membataskan pergaulan, bukan bertepuk tampar, cubit bahu, dan kini dia wanita yang halal bagiku melakukan sedemikian rupa. Malah ini kesedaran utamaku, bukanlah berkirim salam memulakan cinta, tetapi dengan jalan yang diredhaiNya, yakni meminangnya.

Dan saat pertunangan kami bercinta mengenal diri, menjaga peribadi agar tidak hanyut dengan cinta nafsu. Sekadar bertemu bila ada urusan dengan mahramnya, bertanya khabar dengan sms tanpa meluahkan rasa sayang, menelefon sekadar perlu tanpa ada lenggok manja menggoda. Dan akhirnya kami diijabkabulkan, dan berkapel setelah nikah. Berkat istighfar, kiniku temui cinta sejati. So, stop calling me “Playboy”!

No comments:

Post a Comment