Sunday, 22 January 2012

:: Cerita Agama? Not My Taste Ok ! ::

Huh ~ Nak cerita agama? Baik skip saja, buang masa aku nak dengar. Ingat-ingatlah wei, aku peduli apa orang cakap, bukannya kamu bagus sangat. Kubur masing-masing juga. Aku bukannya anti dengan agama, tapi kamu yang wat aku bengang apa yang korang cakap. Aku pun ada iman lah, bukannya nak murtad pun. Kalau belum boleh berdiri di kaki sendiri, baik tak payah nak cakap orang. Sendiri nak ingatlah wei. Apa dosa aku korang yang tanggung? Tak payahlah nak berlagak dengan cakap-cakap agama. Muak aku dengar, tahu tak? Lepas tu mesti ada sensitif, nak kutuk-kutuk aku kan? Korang nak maki, maki jak lah, aku pun yang jahat ada juga pahala, tahu tak?

Buang masa aku layan korang. Nak cerita, cerita jak lah, tak payah nak bagitahu aku, nak besar-besarkan suara supaya aku dengar. Tahulah aku nak taubat juga. Dari dosa kamu mengutuk aku, cakap lebih-lebih, macam ahli politik yang menabur janji sahaja. Nak banggakan diri sendiri. Cubalah doakan aku kah, kan elok. Manatahu, terbuka hati aku nanti. Daripada nak nasihat aku, sorry, not my taste! Kalau cerita artis ka, filem hot ka, lagu best ka, ok lah. Aku pun dengar Maher Zain apa, tak payah susah-susah nak pasang lagu Raihan untuk aku! Kalau aku cek blog tu cakap sal agama, minta maaf, aku tak nak terjah lagi. Lagipun memboringkan! Korang terasa? Nak aku minta maaf? Nonsense! This is my thought la. Dont be Baldi Fool, semua ayat skema, tapi kalau kutuk, ayat berbunga-bunga, macam mawar! Memang mawar pun, sebab tu berduri!

Memang beginilah ironi masyarakat sekarang, sukar untuk dinasihati. Apabila ada yang datang pada mereka suruh nasihat tutup aurat, jangan tinggal solat, tinggalkan yang jahat, buat benda baik, mereka akan berkata belum ada hidayah. Kalau makin kerap dinasihati, makin mereka melenting, suruh jangan jatuhkan hukuman pada mereka. Yang menasihati itu belum tentu bagus lagi. Suruh kita doakan mereka lagi, supaya berubah. Bila ada kutuk, tahu mereka sakit hati, tapi tidak pernah mengambil kutukan untuk memperbaiki diri. Bagaimana Allah hendak memberi muka kepada mereka yang tidak ingin memandang kepadaNya?

“Maka tatkala mereka berpaling dari kebenaran, Allah memalingkan hati-hati mereka.” (Ash-Shaf: 5)
“Dan begitu pula Kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya (Al-Qur’an) pada awal kalinya dan Kami biarkan mereka bergelimang dalam kesesatannya yang sangat.” (Al-An’am: 110)

Cukup dua ayat Al-Quran yang jelas, menyatakan tentang sesuatu yang kita sendiri boleh berfikir. Mereka yang berdoa agar hidayah diberi kepada mereka, ingatlah, jika benar doa itu makbul, selalunya azab didahulukan untuk menghapus dosa tersebut. Hidup ini untuk memilih, bukannya Allah yang mengatur hidup kita. Kita boleh memilih menjadi baik, dan ujian yang datang kepada kita untuk mengetahui sejauh mana iman kita. Kita memilih untuk menjadi jahat, sehingga belum kita bertaubat hanya azab yang menanti kita kelak.

Hidayah itu meluas, InsyaAllah akan ku kupas pada keesokan harinya. Benda yang kita mungkin terlepas pandang mengenai hidayah. Terutama bab yang mengharap agar diturunkan hidayah kepada mereka. Itulah yang paling ditakutkan sekali. Kenapa? Sok cerita ya? Haha. Apapapun, sempena permulaan tahun baru Hijrah ini, marilah kita sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik lagi. Salam Maal Hijrah, wasalam.
                                                    
                                   

No comments:

Post a Comment