بسم الله الرحمن الرحيم
selesai pulang dari kampus, Hakim segera mendapatkan katilnya..direbahkan badannya yang kepenatan diatas tilamnya yang empuk..Entah mengapa fikirannya melayang,memikirkan pasangan 'couple' yang ditegurnya di kafetaria pagi tadi..hakim teringat kisah silamnya bersama Munawwarah..baginya,itulah zaman jahiliyahnya..mereka dikatakan pasangan yang bahagia pada ketika itu..dan mereka ketika itu hanya berumur 15tahun..
saat pertama perkenalan, hakim tertarik dengan Munawwarah ketika bertembung di perpustakaan. Hakim dapat tahu bahawa kawan baiknya, Amir merupakan sepupu kpd Munawwarah. puas Amir sarankan supaya melupakan niatnya untuk berkenalan dengan sepupunya kerana Munawwarah tidak akan melayan mana-mana lelaki,namun Hakim tidak pernah mengalah. Akhirnya surat yang pertama dihantar kepada Munawwarah melalui orang tengah.
munawwarah ketika itu juga mendapat dua surat dari pengirim yang berbeza,namun tidak berbalas..
munawwarah ketika itu juga mendapat dua surat dari pengirim yang berbeza,namun tidak berbalas..
Hakim berusaha mendapatkan nombor telefon Munawwarah melalui Amir..
dia menghantar sms kepada Munawwarah dan berharap mendapat respond.
tanpa disangka-sangka,Munawwarah membalas mesejnya..entah apa yang menarik hati Munawwarah untuk membalas mesej tersebut kerana sebelum ini dia tidak pernah melayan mana-mana lelaki..mungkin kerana faktor dia juga sebenarnya menaruh hati kepada Hakim..
betapa seronoknya Hakim pada saat itu..
sepanjang perkenalan,Munawwarah sering menasihati Hakim supaya sentiasa solat diawal waktu dan selalu pergi ke masjid.Hakim sendiri sedar perubahan dirinya..selama ini solatnya yang tidak cukup syarat dan tidak terjaga berubah kepada solat diawal waktu..
dirinya semakin rajin pergi ke masjid berdekatan rumahnya..
dirinya semakin rajin melaksanakan solat sunat..
setahun perkenalan,mula timbul perasaan sayang,perasaan rindu,perasaan cemburu dihati masing-masing..mula wujud bibit-bibit percintaan..
perkenalan yang pada mulanya hanya atas dasar kawan,akhirnya menjadi percintaan..
mereka semakin lalai..
walaupun iman dihati sentiasa menegahnya,namun nafsu menguasai diri..
Munawwarah sedar,perhubungannya dengan Hakim sering membuatnya sentiasa resah..walaupun Hakim seorang yang baik,walaupun dirinya bahagia,tetapi dirinya resah setiap kali berjumpa Hakim..
dia tidak pernah lupa apa yang dipelajarinya,bahawa apabila lelaki dan wanita berdua-duaan,orang yang ketiga adalah syaitan..dia juga tahu bahawa percintaan dia dengan Hakim adalah salah..dirinya tidak pernah tenang setiap kali keluar bersama Hakim,dia merasakan dirinya diperhatikan..
sememangnya dirinya diperhatikan,sesungguhnya Allah sedang memerhatikan mereka..
suatu petang,Munawwarah tekad untuk menghantar pesanan ringkas kepada Hakim..
''Hakim..saya rasa lebih baik lepas ni kita tidak payah berjumpa..setiap kali kita nak berjumpa,saya rasa takut..saya tak tenang,macam buat kesalahan besar je..entah apa orang lain cakap tentang mak ayah saya nanti..saya sedar,saya dah bawa fitnah buat islam itu sendiri..''
akhirnya Munawwarah meluahkan apa yang dia rasa pada petang itu..
Hakim terkedu,namun dia tahu,memang itu yang terbaik untuk perhubungan mereka..dia sendiri merasakan benda yang sama..namun dipendamkan sahaja sebelum ini kerana dia tidak mampu untuk melakukan sedemikian..
akhirnya Hakim membalas mesej tersebut;
''kalau itu yang awak minta,saya turut kemahuan awak..saya pun tak seronok setiap kali kita berjumpa,awak asyik tak tenang je..tapi jangan tinggalkan saya ye..kita still boleh berhubung melalui mesej dan calling kan?''
hakim meminta kepastian..
Munawwarah mengiyakan tanda memberi harapan kepada Hakim..
Perhubungan mereka berlanjutan sehingga masing-masing menuntut di matrikulasi..mereka semakin kurang berhubung..namun perasaan rindu selalu bertandang di hati..walaupun hampir setahun mereka tidak bersua,tetapi mereka masih saling berhubung..
kadang-kadang,muncul satu kiriman rindu dan dibalas dengan kiriman rindu juga..
kadang-kadang,muncul satu kiriman rindu dan dibalas dengan kiriman rindu juga..
selesai peperiksaan midterm,malam tersebut Hakim menghubungi Munawwarah..
[ringtone wanita-dehearty]
segera Munawwarah menjawab panggilan tersebut dengan nada yang gembira..
"Assalamualaikum.."
"waalaikumussalam..awak sihat ke?lama tak dengar khabar awak.."
''Alhamdulillah sihat..cuma sibuk dengan pelajaran je..''
"awak..sebenarnya saya call awak ni ada sebab.."
"sebab apa ni awak?"
Munawwarah dapat merasakan sesuatu yang tidak kena..
lama Hakim mendiamkan diri..
"terlebih dulu saya nak minta maaf..tapi saya rasa selepas ni kita tidak perlu lagi nak berbual ditelefon..saya tak boleh dengar suara awak..
hati saya meronta-ronta..iman saya goyah setiap kali mendengar suara awak..walaupun kita tak berjumpa,tapi tetap sama..kita still bercalling-calling,mesej kata-kata rindu dan sayang..kata nak hubungan kita ni mendapat berkat,tapi cara kita ni salah...maafkan saya awak...
saya buat macam ni sebab saya sayang awak..
saya rasa awak faham kan.."
tanpa disedari,mengalir air mata Munawwarah..dia akur dengan tindakan Hakim..dia akui kebenaran tersebut kerana dia sedar bahawa wanitalah fitnah terbesar bagi kaum lelaki..namun hatinya tidak kuat..hatinya meronta tidak mahu seperti itu,tetapi mulutnya pula berkata sebaliknya...
"saya minta maaf kerana menggoyahkan iman awak sebelum ini..saya sedar..kita sering mengharapkan redha Allah dalam perhubungan kita,tetapi perbuatan kita tidak seperti inginkan redhaNYA..betul kata awak,jika kita nak Allah sayang kita,kita kena buat apa yang Allah suka kan?kalau sebelum ni kita boleh tidak berjumpa,mesti kita boleh buat juga supaya tidak berhubung lagi kan?kita serahkan hubungan kita kepada Allah.."
Hakim lega mendengar jawapan dari Munawwarah,walaupun dia sendiri perit untuk mengatakannya,tetapi dia perlu lakukan jua..dia tidak mahu perhubungan mereka terus berada dalam kemurkaan Allah..
hari demi hari..
bulan demi bulan..
dan tahun terus berlalu..
Munawwarah meneruskan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia manakala Hakim melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya..
masing-masing sibuk dengan komitmen sebagai ahli Persatuan Mahasiswa Islam(PMI) di Universiti masing-masing..
mereka sibuk dengan urusan dakwah dan akademik masing-masing hingga tiada masa lagi untuk memikirkan soal hati..apa yang ada dihati mereka hanyalah Allah..
Hanya Allah cinta hati mereka..
Hanya Allah penawar duka mereka..
Hanya Allah tempat mereka mengadu..
benarlah kata Imam Hassan Al-Basri,
''apabila perhatian seorang hamba ditujukan kepada akhirat,maka Allah menjaga hatinya..dan apabila perhatiannya hanya tertuju kepada dunia,maka allah akan memperbanyakkan masalahnya dan menjadikan kefakiran dihadapan matanya..ia akan bangun dalam keadaan fakir dan masuk kepetang dalam keadaan fakir''
(Riwayat Imam ahmad)
Hakim tersedar dari lamunannya...bingkas dia bangun dari katilnya dan memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi..kini dia dapat merasakan betapa manisnya apabila peroleh cinta Ilahi berbanding cinta manusia..
namun jauh disudut hati,tanpa disedari mereka sebenarnya saling mendoakan satu sama lain..
usai solat asar,hakim menadah tangan memanjatkan doa kepada Allah;
"Ya Allah,jika benar dialah jodohku,
kau satukanlah hati kami..
jika tidak,Engkau redhakanlah hatiku
agar menerimanya dan
gantikanlah pasangan yang baik untukku.."
kini,Hakim telah pun manamatkan pengajiannya pada semester ke enam..
dia langsung mengirimkan pesanan ringkas kepada Munawwarah setelah sekian lama menyepi..
mirmo..mirmo..mirmo zibanggg..
(message tone Munawwarah berbunyi)
message from:Hakim
hatinya berdegup kencang..
setelah sekian lama mereka tidak berhubung..
"mimpi apa pula dia ni bagi mesej?"
dengan ungkapan bismillah,Munawwarah membaca mesej tersebut...
"Assalamualaikum..maaf sekiranya mesej ini mengganggu..setelah sekian lama menyepi..setelah sekian lama memendam rasa..mungkin inilah saat yang sesuai..saya telah meminta restu ibu bapa saya untuk menghantar rombongan meminang ke rumah awak dan mereka telah pun berbincang dengan keluarga awak tentang kita..saya harap awak dapat memberi kata putus dan segalanya berjalan dengan lancar,insyaAllah..semoga dipermudahkan segala urusan.._Hakim_"
bagaikan tidak percaya..Munawwarah lantas melakukan sujud syukur, sebagai tanda syukur kepada Allah..mengalir air mata bahagia..
Allah..Allah..Allah..terima kasih Ya Allah..
~hebatnya apabila cinta hanya kerana Allah,walau tidak bersua,
walau tidak berhubung,hatinya tetap barpadu dengan izinNYA..
kalau dah jodoh,tak kemana...~
::please,please and please...say no to couple and couple islamik...::
No comments:
Post a Comment