Thursday, 24 November 2011

-Hatinya Tidak Buta-

Si Buta Yang Celik…
Abdullah Ibn Umm Maktum bukanlah seorang pembesar negara mahupun seorang ketua panglima perang tetapi sahabat yang buta ini adalah seorang yang begitu hampir dengan Rasullulah saw. Namanya terbaris sebagai salah seorang generasi al Quran yang unik kerana bumi Allah ini pernah dibasahi oleh ayat-ayat al Quran sebanyak dua kali kerananya.
Di antara kehebatannya yang tercatat di lembaran sejarah ialah apabila beliau telah dipilih oleh Rasulullah saw bersama Mus’ab Ibn Umair untuk meredahi padang pasir sebagai sahabat yang pertama berhijrah ke Madinah. Bayangkanlah bagaimana si buta ini boleh mengatur strategi hijrah yang begitu berisiko ini. Andai kata dia dan Mus’ab yang masih muda tersilap langkah, bukan sahaja nyawa mereka bakal melayang tetapi juga masa depan Islam di Madinah yang belum lagi menentu pada ketika itu.




Satu lagi kisah beliau yang cukup menarik yang berlaku di Madinah sebelum wafatnya Rasulullah saw ialah ketika beliau pernah meminta keringanan daripada Rasullulah saw untuk mengerjakan solat fardhu di rumah apabila beliau menjelang tua.
“Ibn Umm Maktum berkata: Wahai Rasulullah, saya seorang yang buta dan rumahku pula jauh dari masjid. Penunjuk jalan saya tidak serasi dengan diri saya. Adakah keringanan untuk saya bersolat di rumah? Rasulullah saw bertanya: “Adakah engkau mendengar azan?” Jawabku: Ya. Rasulullah saw bersabda: “Kamu tidak mendapat keringanan.” [HR Abu Daud No. 552, “Sahih”].
Beliau sebenarnya mempunyai banyak sebab yang mendorongnya untuk bertanya kepada Rasulullah saw. Di antaranya ialah :
  • Rumahnya jauh daripada masjid
  • Dia telah tua pada ketika itu
  • Badannya tidak kuat dan anggota badan semakin lemah
  • Matanya buta (atau rabun yang amat sangat)
  • Beliau terpaksa melalui ladang tamar
  • Beliau terpaksa meredahi sarang labah-labah (terutamanya solat subuh)
Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan ini, beliau tetap terus istiqamah bersolat lima waktu sehari semalam secara berjamaah di atas arahan Rasulullah. Beliau ke masjid dengan panduan tali yang diikat oleh para sahabat yang lain daripada rumahnya ke pohon-pohon tamar di sepanjang perjalanan sehinggalah sampai ke masjid. Begitulah iltizamnya beliau dengan amalan-amalan Islam.
Setelah Rasulullah saw wafat, Abdullah Ibn Umm maktum terus tinggal di Madinah sehinggalah umat Islam bersiap-siaga untuk menyertai peperangan Qaadisiyah iaitu peperangan yang akan menentukan jatuh bangunnya empayar Islam bagi menamatkan kezaliman Parsi. Jika para sahabat menang, maka akan jatuhlah empayar hebat yang digeruni ini dan akan tamatlah kezaliman mereka.
Beliau memohon kepada Umar al Khattab untuk pergi berjihad dengan katanya, “ Wahai Umar, tentera Islam memerlukan seseorang yang memegang janjinya. Berilah tanggung jawab itu kepadaku. Aku ini buta dan akan ku redahi semua yang di hadapanku. Engkau akan memerlukan orang yang tidak menjatuhkan atau membuat panji Islam tergelincir. Akulah orangnya. Aku akan mara ketika orang lain mengelak tikaman. Aku tidak mengelak tikaman dan englau memerlukan orang seperti aku…..”.
Umar memberikan keizinan ini setelah beliau berfikir panjang. Apa tidaknya, Abdullah Ibn Maktum telah terlebih awal memeluk Islam daripadanya. Malahan dia telah berhijrah ketika sahabat lain masih berlindung di Mekah dan dia telah mengIslamkan penduduk Madinah sebelum ketibaan Rasulullah saw. Bahlah juga kerana dua kali ayat Quran turun ke bumi kerananya.
Akhirnya cita-cita tertinggi Abdullah Ibn Umm Maktum tercapai apabila beliau menemui syahid di jalan Allah setelah berjuang bersama ribuan tentera yang dipimpin oleh Saad Ibn Abi Waqas.
Pengajarannya :
  • Kekurangan diri dan ketiadaan jawatan tidak menghalang seseorang insan untuk menjadi pencinta dan pendokong perubahan yang besar.
  • Perubahan dan kejayaan yang hebat tidak akan berlaku tanpa kesungguhan dan pengorbanan seseorang individu mahupun generasi seangkatannya.
Semoga kehebatan sahabat yang buta ini mampu kita warisi…

-Kerana Terlalu Sayang-

Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya. Setiap yang hitam, pasti ada putihnya. Setiap yang kabur, pasti ada jelasnya. Dan setiap yang benci, pasti ada sayangnya. Setiap yang sedih, pasti ada gembiranya. Begitulah, setiap yang hidup, pasti ada matinya.
Dulu, ketika dia hidup, baktinya berbuah rasa kasih. Dia penyeri kehidupan kita. Kadang-kadang, hanya dengan memandang wajahnya, kita merasakan tenang dan senang. Seolah-olah, diwajahnya itu ada nur yang menceriakan, ada jalan keluar setiap kebuntuan. Saat kita sedih, dia datang, tanpa berkata apa-apa dia mengusap kepala kita. Hanya dengan itu, kita sudah dibumbui ketenangan. Luka bertukar suka, pahit ditelan manis, dan segala derita hilang, hanya dengan senyuman di wajahnya.
Kita tahu, dia bakal pergi suatu hari nanti. Tapi, saban hari kita mendoakan, agar lebih baik jikalau kita yang pergi dahulu. Sungguh, kita tidak tegar kehilangannya, kerana kehilangan itu suatu penyiksaan. Bukan kita menghalang ketentuan Allah, tapi kerana terlalu sayang… terlalu sayang.




Sayang itulah ikatan kita dan dia, jika tidak, biar berjauhan sekalipun, kita tidak merasakan apa-apa. Tegarnya Allah ‘merampas’ kekasih kita, begitukah Allah, suka melihat kita berduka?
Tidak. Kita yang melihat diri sendiri, justeru jika kita yang berduka, maka kita yang menilai. Antara sayang kita kepada dia dan sayang Allah kepada dia, yang mana lebih bernilai? Sanggupkah kita bertanding dalam mengukur sayang kita dengan sayang Allah? Usahkan sanggup atau tidak, layak pun sudah tiada. Allah cuma cebiskan sifat sayang sesama hamba dengan kadar yang sedikit, itupun sudah meronta-ronta kehilangan, sedangkan, di sisi Allah, sayang itu lebih bermakna dan bernilai.
Biarlah, dan redhalah, disana ada Allah yang menjaganya. Ada mahligai untuknya, dan dia bakal menanti kita jua. Cuma masa sahaja yang menentu, samada, kita bakal menyusulnya cepat, atau lambat.
Adakah kehilangan dia lebih bermakna daripada kehilangan jati diri? Bersedihlah kerana kehilangan yang sementara itu, tapi usah memendam rasa terlalu lama. Usah berkabung macam puteri hilang takhta. Tapi, belajarlah untuk menerima hakikat. Itu satu ujian daripa Allah juga, kerana mungkin, hakikat yang lebih pahit dari itu bakal menyusul nanti. Bersedia untuk menerima, kerana hakikat adalah sesuatu yang amat pahit.
Doakan semoga rohnya bahagia di sana, bersama dengan mereka yang telah pergi, dan bersama dengan baktinya buat kita dahulu. Berdoalah agar penamat baginya ialah syurga yang tersergam indah itu, agar, dia bisa mempersiapkan sebuah mahligai untuk menyambut kehadiran kita kelak.
Utuskan salam alfatihah, sebagai peneman yang kita utus untuk menjaganya. Tapi, usah kita lupa, Allah sentiasa menjaganya. Kadang-kadang kesyukuran kita belum cukup atas segala nikmat dan anugerah yang Allah berikan. Sebab itulah, Dia mengambil kembali nikmat dan anugerah itu. Mungkin juga, kehilangannya menyebabkan kita lebih memahami erti tawakkal, justeru, itu satu lagi ujian buat kita.
Dia sudah pergi, bersama dengan kasih yang kita resmi. Segala kenangan kita dan dia di dunia, kita basmikan dengan satu doa. ‘Ya Allah, pelihara dia disana’.
Tidak wajar kita berbungkam, dengan langkisau yang menumpang. Kerana angin ribut bakal berakhir jua. Kata pepatah ‘kita tidak akan berpijak pada air yang sama di sungai, kerana ianya sudah mengalir pergi’. Usah diingatkan terlalu, apa yang telah berlalu. Dengan kehilangan dia, mungkin kita perlu lebih belajar untuk menghargai sesuatu atau seseorang.
Dalam diam, bermujahadahlah kita untuk menerima hakikat yang selalunya pahit. Dalam diam, berdoalah agar kita juga pergi menyusulnya suatu hari nanti. Cubalah, untuk belajar menerima kehilangan, kerana kehilangan bukanlah asing dalam kehidupan.
Bukan kita tidak sanggup, tapi kerana terlalu sayang. Bukan kerana tidak mampu menerima hakikat, tapi ikatan kita terlalu kuat. Kehilangannya mungkin membuatkan kita belajar untuk lebih bersyukur. Tiada apa yang kekal di dunia ini, itu hakikat yang harus kita terima.
Atau kita lebih terbelajar untuk tidak terlalu menyayangi, tidak terlalu mencintai. Kerana itu akan membuatkan kita hilang kualiti peribadi. Saat kehilangan, apa yang harus difikirkan lagi. Segerakan persiapan, tabahkan jiwa, dan runtunkan hati untuk lebih menerima.
Dahulu kita sudah memberikan sepenuhnya kasih kita kepada dia. Ikhlaskan semua itu. Kerana, jika kita ikhlas memberi, mengapa kita takut untuk tidak menerima? Apa yang berlaku, semuanya bermakna untuk sesuatu, sesuatu keikhlasan. Lihatlah, Allah bukan ingin menghancurkan kasih dan sayang kita, tapi Allah ingin sayang kita pula, lebih dari sayang kita kepada dia dahulu.
Terimalah perpisahan dengan tenang. Kerana itu lumrah kehidupan. Biarpun pahit, semuanya satu suratan

Sahabat, bersedihlah untuk kita yang belum tentu bagaimana akhirnya kita.

-Lidah tentukan langkah manusia ke syurga atau neraka-

KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.
Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”
Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka.




Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.
Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan keburukan kepadai kita. Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa.
Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu. Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah.
Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)
Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa.
Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.
Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.
Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”

-Lelaki yang ditarik wanita masuk ke dalam neraka-

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.




2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Lihatla betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

p/s : kekasih sejati tidak akan membiarkan pasangannya dibinasakan oleh api neraka.

-Hindari sifat marah-

Sifat marah adalah suatu sifat yang tetap ada pada diri seseorang, tinggal lagi hendaklah kena pada tempatnya, bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu.
Bagi orang Islam yang beriman, sifat sabar adalah menjadi perisai dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dan sentiasa reda dengan takdir Allah SWT bahkan insaf terhadap-Nya.
Ini kerana mereka sedar sifat marah itu amat dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya sehingga Rasulullah SAW banyak berpesan supaya jangan bersifat marah.
Ia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Berpesanlah kepadaku, lalu baginda bersabda : Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda : Jangan marah. (riwayat Bukhari).
Memanglah benar bahawa perkara-perkara yang menyebabkan timbulnya kemarahan itu amat banyak khususnya cabaran-cabaran masa kini yang ditambah pula dengan kerenah-kerenah manusia itu sendiri.
Sebenarnya sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dan dengan tujuan yang baik iaitu untuk menyedarkan orang yang melanggar perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.
Tetapi yang sebaik-baiknya, elakkanlah dari berlaku perkara sedemikian, kerana marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan, bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri.
Oleh itu agama Islam telah mengajar kita bahawa jika kita marah, maka lekas-lekaslah kita mengambil wuduk supaya kita merasa tenang dan tenteram. Di samping itu, kita hendaklah bersifat sabar dan mudah memberi maaf kepada orang yang melakukan kesalahan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan juga lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka, mereka memaafkannya. (asy-Syuura: 37)
Rasulullah SAW bersabda: “Dari ‘Atiah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (riwayat Abu Daud).”
Menjauhkan diri dari bersifat marah itu mempunyai banyak hikmah antaranya boleh mengelakkan berlakunya sifat dengki, dendam, benci, buruk sangka, memendam perasaan tidak baik terhadap seseorang dan bermacam-macam lagi sifat yang tidak baik.
Kedua, supaya kita akan dapat mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW seperti bersopan santun dan bersedia memaafkan orang yang bersalah. Sikap sedemikian boleh menimbulkan perasaan kasih sayang dan kemesraan.
Oleh itu, kita harus memahami bahawa orang yang dapat mengawal dirinya dari bersifat marah akan mendapat balasan syurga.
Ini dijelaskan seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Abi Ad-darda dia berkata, wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang boleh menyebabkan saya dapat masuk syurga. Rasulullah SAW bersabda: Jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga (riwayat At-Tabrani).”
Islam mahukan umatnya bersatu padu, hidup bersaudara, berkasih sayang, mengelakkan perpecahan dan permusuhan yang boleh membawa kepada kehancuran umat Islam.
Maka bagi mengelakkan semua itu, Islam menganjurkan kita supaya jangan bersifat marah. Mudah-mudahan dengan demikian umat Islam akan bersatu padu dan menjadi umat yang kuat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amalan-amalan yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (ali-’Imran: 133-134)

-Mudahnya Seorang Wanita Itu Masuk Ke Syurga-

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )
Seroang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu betul-betul follow apa yang telah ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya.
Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam lagi pertanyaan Allah.




Tetapi, wanita juga yang paling ramai di dalam neraka kerana solat yang dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya daripada perkara keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka berpuasa, tetapi puasanya hanya dapat lapar dan dahaga sahaja, tapi masih melakukan dosa-dosa, samaada dosa kecil atau besar.
Wanita antara yang susah menjaga maruahnya, masih membuka aurat, walaupun bertudung, tetapi tidak sangat mengikut tuntutan syarak dan wanita juga juga sering gagal memberi ketaatan kepada suaminya.
Bagaimana dengan menjaga maruah dan taatkan suami? Dua perkara ini lebih ramai yang gagal. Maruah diri tidak dijaga sewaktu keluar kerja. Pakaian yang mendedahkan aurat boleh membawa banyak dosa lain selepasnya. Pergaulan bebas juga boleh membawa kepada dosa mulut, mata dan telinga.
Mengenai mentaati suami, realitinya isteri paling ramai gagal memberi ketaatan kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya saja yang dipakai. Layakkah mereka itu masuk syurga dalam keadaan itu?
Insaflah wahai wanita yang bergelar isteri. Jangan jadikan diri anda sebagai orang yang pertama masuk ke dalam neraka.
Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah.

-Trend Buka Tutup Jilbab-


Buat apa sebenarnya memakai jilbab? Apa yang menjadi dasar ketika mereka memutuskan untuk menggunakannya?
“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (QS 33:59)
Ayat diataskah yang mendasari keputusan itu? Atau hanya sekadar trend mode saat ini? Kerana mulai banyak para perempuan yang menggunakannya saat ini, walaupun cara menggunakannya masih belum benar–benar sesuai syariat. Yah… masih lumayanlah dibandingkan dengan yang sama sekali belum menggunakannya.
Tapi kalau buka tutup bagaimana pula ya?
 



Ini masalahnya. Jilbab sebenarnya bukan trend pakaian masa kini yang bisa ditiru saat sedang trend, lalu dilepaskan lagi saat trend itu habis. Jilbab adalah kewajipan bagi seorang Muslimah yang sudah baligh. Sama wajipnya dengan keharusannya menegakkan sholat. Tidak bisa digunakan sesuka hati kerana ALLAH sudah menetapkan aturannya dengan jelas.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS 24:31)
Tadi sudah dibahas bahawa sebenarnya jilbab itu adalah kewajipan yang harus ditunaikan oleh keseluruh kaum muslimah. Bukan pilihan kerana merasa sudah siap, atau alasan lainnya. Kerana saat ini ramai yang belum menggunakannya kerana merasa lebih baik membenahi diri dulu baru berjilbab. Masalahnya adalah waktu yang kita tidak tahu sampai bila akan bisa kita jalani. Sementara membenahi diri adalah kewajiban yang harus kita lakukan setiap saat tanpa ada akhirnya? Apakah ada seseorang yang merasa dirinya sudah soleh, sudah baik, dan sudah sempurna?
Lalu bila kita akan menyempurnakan keimanan kita bila terus menerus menggunakan dalih seperti diatas? Kerana sampai bila kita hidup pun kita tidak akan pernah tahu. Sementara selama kita hidup, kewajipan kita adalah terus memperbaiki diri, kerana pada dasarnya manusia tidaklah sempurna. Lalu mereka yang berdalih memperbaiki diri dulu baru berjilbab atau menunggu datangnya hidayah (padahal hidayah itu harus dijemput dengan keimanan kita, bukan ditunggu!) bagaimana? Sempatkah menyempurnakan perintah-NYA?
Jilbab adalah saksiyyah (jati diri) wanita Islam, mahkota yang harus dijunjung tinggi. Jika seorang wanita telah memutuskan untuk berjilbab, maka ia harus siap dengan segala rintangannya atau ujian dari ALLAH. Siap menjaga sikap dan perilakunya. Ini kerana, jika seseorang wanita berjilbab melakukan hal-hal yang tidak semestinya, maka yang dituding bukan hanya diri wanita itu, tetapi jilbab dan Islam. Contohnya, jika seorang wanita berjilbab merokok di tempat umum, maka masyarakat akan berkata “Tu kan, dah berjilbab tapi merokok?” Jilbab dan Islam mendapat kesan negatif. Terlepas dari segala pembahasan tentang hak asasi seseorang untuk bebas melakukan apapun sepanjang tidak mengganggu kepentingan orang lain, wanita yang telah memutuskan untuk berjilbab hendaknya menjaga adab perilaku. Kerana ia merupakan jati diri, sudah selayaknya kita menjaga jati diri, martabat sebagai seorang muslimah tersebut dengan sebaik–baiknya. Tidak memperlakukannya sesuka hati dan melakukan peraturan sendiri. Ada yang berjilbab awalnya kerana merasa mendapat hidayah, namun dalam perjalanan hidupnya ketika merasa kecewa dengan apa yang dialaminya, lalu jilbab pun dilepaskan. Sayangnya ketika melepasi jilbab yang ada adalah sikap dan perilaku jahiliyah… Astaghfirullah halazhim.
Wahai para Muslimah, kita yang dimuliakan ALLAH, bahagialah dengan kemuliaan itu, sudah selayaknya kita menjaganya dengan segala daya dan upaya. Hanya itu cara kita mengabdikan diri kepada-NYA, mematuhi perintah-NYA dan Rasul-NYA. Bekali diri dengan ilmu dan fahaman yang cukup tentang perintah ALLAH yang satu ini. Luruskan niat untuk berjihad melawan hawa nafsu. Sekali memutuskan berhejab, yakinlah bahawa kita sudah melakukan sesuatu yang benar dan mohon pada-NYA agar tetap menjaga hati ini tetap beristiqhamah dalam ketaatan pada-NYA. Ketika kita sudah memutuskan untuk berhejab, sama artinya kita membeli ‘one way ticket’ don’t look back and cause there’s no way back. Jangan pernah berjalan mundur dan kembali kepada kejahiliahan diri kita. Tidak ada alasan apapun untuk menanggalkannya, kerana ALLAH adalah segalanya. Tidak juga kerana masalah rezeki yang sering membuat orang menanggalkan jilbab demi professionalisme dan tuntutan pekerjaan. Yakinlah ALLAH sang penjamin rezeki, apabila DIA yang memerintahkan kita menutup aurat, DIA juga yang akan menjamin rezeki untuk kita. Jangan pernah meragukan-NYA. Sedikit atau banyaknya rezeki adalah urusan-NYA. Namun yakinlah apabila kita patuhi-NYA, ALLAH tidak pernah menyia–nyiakan kepatuhan hamba-hamba-NYA. ALLAH Maha Mengetahui niat yang terkandung dalam hati para hamba–hamba-NYA.
Jangan pernah mempermainkan aturan–aturan-NYA. Kita hanya diperintahkan patuh dan taat, bukan mengganti ketentuan-NYA sesuai dengan yang kita mahukan. “Syurga di kelilingi oleh sesuatu yang luar biasa sulit, sementara sebaliknya, neraka justeru di kelilingi segala kemudahan.” Mahu kemana kita nanti, kembali kepada kita masing–masing dalam mentaati perintah-NYA.

Larangan Melihat Aurat Wanita

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda, “Seorang lelaki tidak dibolehkan melihat aurat lelaki lain dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak boleh seorang lelaki tidur dalam satu selimut dengan lelaki lain begitu juga dengan wanita”.
Imam Nawawi mengatakan ia merupakan larangan haram hukumnya apabila di antara keduanya tiada pemisah. Ia menunjukkan larangan penyentuhan aurat antara bahagian tubuh baik lelaki mahupun wanita. Hal itu telah menjadi kesepakatan para ulamak. Banyak orang menganggap ia suatu perkara remeh di mana ramai orang yang mandi dalam satu bilik mandi. Kerana itu, hendaknya setiap orang menjaga pandangan, tangan dan anggota tubuh dari aurat orang lain, serta memelihara auratnya jangan sampai dilihat dan disentuh orang lain. Dan apabila melihat orang yang mengabaikan hal itu, maka hendaklah mereka menjauhi dan memperingaatkannya.

Larangan ini juga merangkumi tidur seorang wanita dengan wanita lain dalam satu tempat tidur tanpa berpakaian sehingga mengakibatkan aurat kedaunya tersentuh atau terlihat. Ia termasuk dalam perbuatan haram dan merupakan langkah awal kepada perkara maksiat.


Batasan aurat yang harus ditutupi oleh wanita Islam bagi wanita Islam lain adalah dari pusat hingga ke lutut. Manakala dengan wanita bukan Islam pula sama seperti aurat wanita dengan lelaki yang bukan mahram.
Tetapi banyak wanita yang menganggap perkara ini remeh atau tidak mengambil tahu langsung. Banyak terjadi seorang wanita Islam dengan tidak malu membuka auratnya dihadapan teman baiknya kerana menganggap mereka bersamaan jantina. Bukan mustahil juga ada dikalangan mereka yang membantu rakannya mencukur bulu kakinya bahkan bulu kemaluannya. Semua itu merupakan perbuatan yang jelas dilarang syariat. Wanita mengangkat darjat wanita di tempat yang tinggi. Bukan sekadar di hadapan lelaki bahkan di kalangan kaum sejenis mereka juga mempunyai adab-adab yang perlu diikuti.

Wednesday, 23 November 2011

-antara PERLU mahu pun TIDAK-

saya tak perlukan harta setinggi gunung..saya tak perlukan emas permata mahu pun berlian yang senantiasa menjadi teman baik kaum wanita..saya tak perlukan duit yang boleh menyaluti tubuh badan ni..saya tak perlukan kereta besar mahupun banglo yang sampai mencakar langit..itu semua saya tak perlukan..sebab saya sudah ada segalanya..apa yang saya ada sudah cukup untuk saya teruskan kehidupan seharian..tanpa perlu meminta simpati mahu pun pertolongan..saya selesa dengan apa yang saya ada..itu sudah cukup bagi saya..walaupun kekayaan itu bisa memberi kebahagiaan namun kebahagiaan melalui kekayaan itu tidak akan kekal selamanya..

apa yang saya perlukan..cukup sekadar kejujuran yang saya harap..tak lebih dan tak kurang..saya hanya perlu kejujuran yang selama ini saya tak pernah lihat..saya perlukan orang yang menghargai kepercayaan yang saya beri..saya perlukan orang yang bisa menghapuskan air mata saya dan bukan orang yang bisa mengalirkan air mata saya ini..saya perlukan seseorang yang ada dekat dengan saya tidak kira susah mahu pun senang..saya perlukan orang yang tidak lupakan diri bila sudah berjaya walaupun hanya kejayaan kecil..

itu yang saya ada dan itu juga yang saya tiada..rupa paras memang bukan faktor utama saya..cukup sekadar apa yang saya mahu kan..namun sehingga kini belum saya temui..hati saya sakit..dan saya tak perlukan orang yang memberi racun mahu pun madu..sebab belum kahwin pun saya sudah merasa pengalaman 'bermadu'..saya hanya perlukan pedamping setia yang boleh membimbing saya ke arah kebaikan dan sempurna di mata saya..dan bukan di mata saya sahaja tetapi di mata keluarga saya..walaupun manusia memang tiada yang sempurna namun biarlah ianya sempurna di mata keluarga saya..sempurna bukan bermaksud memiliki pangkat yang tinggi, kekayaan atau apa sahaja yang orang mahukan..sempurna yang sangat berbeza dari persepsi saya..dan saya perlukan orang yang menghormati keluarga saya dan bukan lari bila buat masalah..

pengorbanan yang saya lakukan untuk melihat orang lain bahagia..dan saya tak mengharapkan balasan..yang pasti saya REDHA dengan apa yang telah berlaku..bulan baik ini hanya doa yang mampu saya titipkan agar ada pelangi dalam hidup saya yang sentiasa gerimis tanpa diundang..

-hidup bagaikan boneka-


sekarang ni hidup umpama boneka
hidup demi kepentingan orang lain
hidup untuk kesenangan orang lain
hidup untuk menjaga hati dan nama baik orang lain
hidup untuk menjaga status dan kehendak orang lain
hidup untuk menjaga kebahagian orang lain
segala-galanya adalah untuk orang lain
baguskan
kalo bersuara
seperti anak derhaka
yang sudah pasti jauh dari pintu syurga
jangan pintu syurga
harum bau dari syurga itu sendiri belum tentu dapat dirasa
tapi
itu lar terjadi sekarang
apa diorang peduli
sampai terkeluar ayat
ada aku kesah
baguskan insan2 ini
demi diorang orang lain terseksa
demi diorang
orang lain menangis
demi diorang
orang lain sakit
sakit luar xpe
boleh nampak darah bagai
boleh bagi ubat bagai
tapi
kalo sakit hati
nak ubat dengan apa
hati diorang nak kena jaga
hati diri sendiri sape nak jaga
sedangkan selama ni
semua dibuat mengikut perancangan diorang
macam patung kan
nak lagi sedap panggil je
BONEKA
sebab
xde hati
xde perasaan
xde rasa sakit
semua xde
apa yang ada
hanya puaskan hati orang
tu je ade
apa nak jadi ntah
benci
benci pada diri sendiri
sebab xmampu buat apa2
walaupun ada dengar pepatah
xde apa2 yang berubah kecuali diri sendiri yang merubahnya
tapi lihat la sekarang
xmampu untuk berbuat apa2
bukan xberusaha
tapi memang xboleh buat apa2
entahlah
hanya Tuhan je tahu apa yang saya pendamkan
saya mengharapkan sinar
yang belum kunjung tiba
atau
memang tiada sinar langsung dalam diri saya
yang hanya
adalah benda yang menyakitkan hati
saya xboleh bersuara langsung
ye
saya adalah boneka yang turutkan segala kemahuan mereka
jika saya sedih, sakit atau menangis
itu semua hanyalah lawak dalam diri mereka
semua itu sekadar hiburan untuk mereka
mereka langsung xpedulikan saya
mereka hanya mempermainkan hidup saya
saya nangis airmata darah pun
belum tentu saya dapat apa yang saya inginkan
saya...........


-pilih kasih-

hidup ini xlari dari kesedihan
sampai bila agaknya pun xtahu
xputus-putus berdoa kepada TUHAN
agar diri ini temui kebahagian
yang masih belum menjelma tapi
entahlah
xelok rasanya mengeluh atas apa yang terjadi
mungkin ada hikmah disebaliknya
mungkin massih belum ada rezeki
semuanya MUNGKIN
tapi diri ini
xakan berputus asa
usaha tetap usaha
PILIH KASIH
ni bukan program yang rosyam nor wat tu tau
ni program setiap manusia
xbanyak sikit pun mesti ada
tapi
apa yang terjadi dalam hidup saya
sangat memberi kesan pada diri ini
pilih kasih hanya disebabkan satu benda
sebab saya PEREMPUAN
kenapa???????
kenapa kena ada perbezaan jantina
apa saya xlayak untuk dapatkan apa yang saya hendak
sungguh tidak adil bukan
setelah menunggu berbulan-bulan lamanya
akhirnya orang lain yang dapat
orang yang hipokrit
dan hanya tunjuk baik demi mendapatkan sesuatu
dah dapat yang lain dilupakan
tapi
orang macam tu la yang ditatang
ditatang bagai minyak yang penuh
orang macam saya
hanya digunakan untuk kepentingan diri sendiri
dijadikan alat untuk bermegah diri keesokkan harinya
semata-mata menjaga nama dan pangkat
tapi melalui kesengsaraan orang lain
kenapa hidup saya ditakdirkan sebegini rupa
saya cukup terkilan
ada yang nak tapi xberusaha
saya yang berusaha
sedih bukan
nak capai kebahagiaan pun susah
kalo orang terdekat pun pilih kasih
apa tah lagi orang lain
sekarang ni biar la saya berdiam diri
itu lebih baik
pada orang itu
teruskanlah kepura-puraan kamu
lagipun
baik buruk kamu pun tetap ada orang sanjung
kamu membuang kami pun xmengapa
sebab akan ada yang sayang kamu
lihatlah nanti
 bila kamu dah dapat apa yang kamu inginkan
kamu akan melupakan kami
itu sudah pasti
yang mendengar keluhan itu adalah saya
baguskan
kamu bahagia tapi saya yang mendapat beban kamu
untuk kamu yang lagi satu
kenapa kamu xberusaha
sedangkan ini yang kamu hendakkan
seolah-olah diri ini xpenting
biarlah
hanya TUHAN yang tahu
sakit yang saya rasakan
biasanya kata-kata kamu itu akan jadi kenyataan
kita cuma tunggu dah lihat
bila sudah tiba masanya nanti
saya sendiri akan mengundur diri
noktah

-penipu besar-

BIG LIAR
bencinya
memang benci ngan orang yang menipu ni
sepanjang hayat kejanya asyik menipu
walaupun dan 'kantoi'
tapi tetap nak menipu
kenyang agaknya dengan menipu
xpikir dosa ke apa ke
bagus sangat ke menipu
pada2 la
xsemua penipuan datangkan keburukkan
mungkin menipu untuk kebenaran
tapi untuk makhluk tuhan yang satu ni
memang kejanya menipu
menipu untuk satu tujuan
kononnya nak nampak baik depan orang
tolang la
lama2 orang akan dapat tau juga awak tu penipu besar
cukup muak dengan penipuan dia ni
ingat berubah
tapi langsung xberubah
keja asyik menipu
tu je la dia pandai
bosan dah dengan penipuan tu
buatlah macam mana pun
saya memang xkan percaya dengan makhluk tuhan yang sorang ni
terasa nak letak gambar makhluk tuhan ni
tapi tu dah kira mengaibkan orang
bilalah nak sedar diri
sibuk dok nasihat orang xbaik menipu
ni ayat selalu dia cakap
' mak * cakap xbaik menipu..tipu tu kan dosa'
hah tau pun tipu tu dosa
yang keja kau xhabis2 menipu tu apa cerita
bodoh
memang geram dah
xhabis2 nak menipu
sampai bila asyik jadi pemaaf je
ingat orang suka kena tipu
xpe
esok lusa kau dapatlah balasan tu
bukan nak jadi pendendam
tapi dalam dunia ni sekelip mata je TUHAN nak tunjukkan
apa yang kau bagi tu yang kau akan dapat
WHAT U GIVE U GET BACK
macam tajuk lagu pulak
tapi tu la kenyataan
selama ni ko hidup dengan menipu orang
esok lusa ko akan merana dengan penipuan kau cipta sendiri
adios....

-bila penipu berpura-pura jadi seorang yang jujur-

kan bagus ada pinocchio..kalau menipu je confirm hidung akan jadi panjang, panjang dan terus panjang..kalau 6 tahun menipu jadi pikirkan berapa panjang hidung tu kan..tapi masalah kita bukan pinocchio..kalau hidung mancung sekali pun belum tentu panjang berjela-jela kan..jadi macam mana nak kenal pasti orang yang sedang menipu..banyak caranya terutama bila orang tu mula tergagap..then resah semacam je then anak mata dia tak pandang kita..semua tu dah nampak..cuma berdiam diri je pura2 tak tahu yang dia sedang menipu..

susah nak percaya orang yang dah terlalu banyak menipu ini..percaya lah tiada siapa yang suka bila kena tipu..tapi bersyukur kan kalau dapat tau lebih awal sebelum memulakan sebuah ikatan yang suci..siapa yang nak kahwin banyak kali..kalau ada pun mungkin akan berkata sudah takdir menentukan segalanya..tapi percaya lah rata-rata inginkan sebuah perkahwinan yang bahagia dan hanya akan berlaku sekali seumur hidup..topik yang agak berat untuk dibincang tengahari ini..tapi sekadar berkongsi rasa dan derita..


laman sosial ada yang mendatangkan kebaikan mahu pun keburukkan..macam kain putih juga lah..kita diberi pelbagai warna untuk mencorakkannya..jadi terpulang kepada individu untuk menggunakan laman sosial ini untuk ke arah mana..tapi bila dah nampak penipuan di depan mata nak lari pun xguna..ini bukan penipuan kali pertama..banyak kali sudah..jadi tepuk dada tanya diri sendiri perlukah percaya orang yang dah bertahun-tahun menipu kita..dan apa gunanya laman sosial itu kalau berahsia dari orang tersayang..hmmm..

ada yang berkata saya tetap akan bagi peluang kedua ketiga keempat dan seterusnya sampai penat..betul ke..jarang orang akan dapat peluang kedua ketiga tau ke 100 kali..semua itu bergantung pada diri juga kan..

"a liar should have a good memory..-quintilian"

-jujur dan percaya ibarat sekeping kertas-

Kalau bayi yang dilahirkan ibarat sehelai kain putih yang masih suci dan bersih apa kata kalau kita ibaratkan KEJUJURAN dan KEPERCAYAAN macam sekeping kertas yang masih elok dan tiada sebarang contengan langsung..boleh kan..diibaratkan sahaja sebab semua ini hanya gambaran untuk di nilai sebab kita tidak pernah tahu sama ada orang itu jujur atau tidak..atau sama ada kita ini jujur atau tidak..

pernah tak kita bayangkan sekeping kertas yang telah renyuk..macam gumpulan kasar..tak ada orang renyuk kertas dengan sopan santun kan..kalau kita buka balik kertas yang dah direnyukkan itu masih ada terdapat kesan renyukkan mahu pun garis2 halus..dan tidak jadi seperti keadaan asal yang licin dan tiada kesan garis halus..kertas yang telah direnyukkan itu tidak akan jadi seperti keadaan asal..

begitu juga dengan percayanya kita kepada seseorang..sekarang susah nak percaya pada orang..memberi kepercayaan itu mudah tapi menggunakan itu susah..betulkah ianya digunakan dengan jujur atau sekadar lakonan semata-mata..hal itu terserah kepada kawan-kawan semua untuk menilai..cuma apa yang saya nak perkatakan apabila kepercayaan itu telah diberi tapi telah disalahgunakan berkali-kali maka rasa percaya itu sudah hilang..walaupun sudah berubah katanya tapi rasa percaya itu tetap akan hilang..ingat sekali kita memberi kepercayaan itu dan bila ia disalahgunakan rasanya untuk memberi kali yang ke 100 pun belum rasa ianya akan dibalas dengan kejujuran..tapi kalau ada yang menghargai kepercayaan seseorang dan membalas dengan kejujuran maka sesebuah perhubungan itu akan kekal untuk selamanya..insyaallah..

-susah ke untuk menjadi JUJUR-

rasanya sejak dari kecil lagi kita diajar untuk menjadi JUJUR dan AMANAH..rata-rata cikgu di sekolah semua ada mengajar nilai-nilai murni ini..ada ke cikgu di sekolah mengajar kita MENIPU..mana ada kan cikgu-cikgu mengajar itu semua..masuk kelas agama pun mesti ustaz/ustazah mengajar kita supaya menjadi manusia yang suci dan bersih baik di luar mahu pun di dalam..kejap..cik sakura bukan nak bagi khutbah jumaat ye..bukan ye..bukan2..

sebelum menjadi jujur kepada orang lain elok kiranya kita menjadi jujur pada diri sendiri..kenapa kita menyakiti diri sendiri dengan menambah noda-noda hitam di hati..adakah 'tipu sunat' itu sesuatu yang digalakkan..tipu la kalau saya cakap saya tak pernah menipu..tapi kawan-kawan tahu tak apa perasaan orang yang kita tipu itu mengetahui yang dirinya telah ditipu..wah mesti bengang dan sakit hati kan..kan kan kan..

FB..ramai bertanya saya mengenai FB ini..tipu la kalau saya katakan saya tidak memiliki satu akaun FB..mesti la ada..bukan apa atas dasar sikap profesional antara pelajar..

tapi ada segelintir yang langsung tidak jujur pada saya..kawan-kawan apa yang patut saya lakukan..saya dah lama pendam..sikapnya yang suka menipu buat orang boleh sakit jiwa..menyalahgunakan kemudahan yang diberi..masih menipu sedangkan semua orang dah tahu perangai penipu dia itu..terus menipu dan menipu sehingga kini..walaupun berbagai musibah yang dihadapi tapi masih ingin menipu..kenapa ye..

susahkah kita menjadi seorang yang jujur..susah ye..kalau bukan untuk jujur pada orang lain masakan kita tidak boleh jujur dengan diri sendiri..kita bukan selalunya akan muda..

-buat baik dibalas jahat-

susah ke kita nak jadi jujur pada diri sendiri daan juga orang lain..susah ke untuk membalas kebaikan orang dengan satu kebaikan..susah ke untuk menghargai kebaikan orang itu walaupun sedikit..bukan wang atau harta benda yang diinginkan tapi hanya sekadar sebuah kejujuran yang diharapkan..susah sangat ke..

harta benda, duit dan semua yang bernilai boleh dicari..tapi kejujuran yang diharapkan agak sukar untuk diperolehi..selepas kepercayaan yang diberi disalahgunakan tiada lagi rasa percaya..jujur saya katakan yang saya tengah sakit hati..nak marah tapi pendam..tak elok kan pendam-pendam itulah tabiat saya ..terlalu mudah saya maafkan orang sampai orang pijak kepala..dengan apa dengan penipuan di belakang saya..ye kita buat baik pada orang itu tapi orang itu balas sampah kepada kita..opss emosi geram dan marah dah datang..

kenapa harus menangis untuk orang yang macam ini..kenapa harus menangis lepas orang buat kita macam tu..kenapa harus menangis untuk orang yang dapat tipu kita bertahun-tahun lamanya..kenapa harus menangis untuk orang yang tidak menghargai diri kita..kenapa harus menangis untuk orang yang kita buat baik tapi sebagai balasan kita diberi kejahatan dari orang itu..entah lah..manusia itu yang tak pernah serik untuk melakukan kesilapan dan terus mengulangi kejahatan yang ditutup dengan muka yang baik..
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

:: NIKMAT HUJAN ::

musim tengkujuh tiba lagi. suasana di kota bharu hampir keseluruhan waktu diselubungi mendung dan hujan mencurah2 pada waktu tgh2 malam dan pagi. hujan merupakan satu daripada nikmat ALLAH. Sungguhpun perkara ini sudah diketahui umum namun masih ada lagi insan2 yang mengeluh dan mencela ketika hujan turun.
Firman Allah s.w.t Yang Bermaksud:
"Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu,sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lain menyuburkan tumbuh-rumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun,kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikir."
(An-Nahl:10- 11)
Subhanallah.. ALLAH MAHA AGUNG dari titisan air itulah turunnya rahmat yang tidak terhingga. titisan kecil mampu menyejukkan tatkala kepanasan, mampu menyuburkan tanaman yang hampir kekeringan, memberi haiwan serta ternakan minuman dan ini merupakan sumber rezeki kita. hujan yang turun membasahi juga seolah2 ingin membersihkan kotoran dosa yang telah dibuat oleh anak cucu ADAM di dunia. oleh itu, jgnlah sekali2 kita mencela hujan. bersyukurlah di atas nikmat dan rahmat yang telah diturunkan melalui hujan.

Monday, 21 November 2011

Kisah Cinta Aku Dan Dia

Disini ingin saya meluahkan perasaan cinta terhadap Dia..sungguh,saya amat menyayangi Dia..saaayangggg sangat2x ! ! !Dia tersangatlah baik..bukan pada saya je,tapi pada org lain juga...saya tahu Dia pun sangat sayangkan saya...Dia xpernah mengecewakan saya..Dia xpernah melupakan saya dalam apa jua keadaan..cuma saya je,bukan seorang yang setia,kadang-kadang lupa kan Dia bila saya senang..
bila keadaan susah,baru teringatkan Dia..teruknya saya ni!!bagi saya,Dia sangat2 special dalam hidup saya,xde sape pun dapat challenge Dia..hanya Dia yang mampu melayan kerenah saya...Dia selalu beri hadiah kat saya..macam-macam hadiah saya dapat..xterkira banyak nye!katanya itu bukti kasih sayang Dia kat saya..Dia nak saya ingat kat Dia sebagaimana Dia ingat kat saya...cuma kadang-kadang Dia bagi hadiah yang saya xsuka,membuatkan saya merajuk..tapi Dia pujuk saya,katanya hadiah tu bukan saje-saje Dia bagi..tapi ade sebab,apa yang Dia bagi,semuanya demi kebaikan saya..Dia tahu apa yang terbaik buat saya..saya rasa sangat bersyukur kerana saya jadikan Dia sebagai kekasih hati saya..insyaAllah,Dialah kekasih saya sampai bila-bila hingga akhir hayat saya pun,Dialah yg pertama..kekasih saya ni juga sangat caring...bila saya ada masalah,saya sering mengadu kat Dia..saya call dia..saya menangis dekat Dia..saya curahkan segala isi hati saya kat Dia,dan ternyata Dia pendengar yang setia...disebabkan saya agak sukar mengadu masalah dengan kawan-kawan yang lain,hanya Dialah pendengar setia saya...bukan kerana kurang percaya dengan kawan-kawan,tp mungkin saya lebih selesa mengadu masalah dengan Dia...tatkala jiwa saya gelisah,saya jumpa Dia,xpun saya baca ayat-ayat cinta Dia..sungguh,ayat-ayat Dia membuatkan hati saya kembali tenang,dan kadang-kadang dengan membaca surat cinta Dia,saya temui jawapan kepada masalah saya...hebatnya ayat-ayat cinta Dia!sangat romantis...sekejap-sekejap menangis,sekejap-sekejap gembira bila baca surat Dia..setiap hari saya akan pastikan saya bace surat cinta Dia sebagai pengubat rindu..saya xperlu jealous tgk org lain dating coz saya hari-hari dating dengan Dia..setiap hari lima kali saya dating dengan Dia..oh bahagianya hidup..paling bahagia bila dapat dating dengan Dia,siap ada 'candle light dinner',waktu tu xde siapa pun yg tahu..saya mmg xnak org lain tahu coz saya nk cinta Dia kat saya lebih5x..sebab saya tahu ramai yg mengejar cinta Dia..saya nak dapat cinta Dia lebih dari orang lain,sebab tu saya sangat bahagia bila dapat dating dengan dia waktu org lain lena dibuai mimpi di tengah malam,tiada gangguan..sangat tenang...saya takut andai saya tidak dapat meraih cintaNYA lagi...sungguh,saya sangat bahagia berada dalam jagaanNYA..Dia sangat menjaga saya..Dia suruh saya menutup aurat,jaga diri apabila ingin keluar rumah...Dia kata lagi,jika inginkan redha Dia,saya perlu hormat kepada kedua ibu bapa saya..betapa baiknya Dia...Dia sentiasa ada tatkala saya memerlukan Dia..hati saya akan tenang bila menyebut namaNYa..jika nak diceritakan,terlalu banyak keistimewaan Dia yang tidak ada pada org lain..saya sangat2 xnakk kehilangan Dia..saya xsanggup berjauhan dengan Dia..saya xmahu terputus hubungan dengan Dia,coz saya tahu hidup saya pasti tidak tentu arah..tapi layakkah saya berada disamping Dia??saya akan terus menanti....apakah kesudahan cinta kami...semoga kami dapat berjumpa kelak..inilah kisah percintaan antara saya dan Dia...antara seorang hamba dan Pencipta..yang belum pasti kesudahannya....doaku agar cinta saya sentiasa bersemi sebagaimana Dia mencintai saya...
ameen...

✿~Nota Hati ~✿

✿~ Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati ~✿

~> I’m so confused <~ (=.=)'
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ??
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur (>,<)'
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...(n_n)'
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili . hee (",)'

♥~ So, the conclusion is...Jangan mudah terasa hati...
♥~ Maknanya kita tak redha dengan Allah...
♥~ Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na’uzubillah...

~♥> "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."

Astaghfirullah al-azim...:(